Istimewa untuk semua yang berminat untuk belajar memasak melalui Master Chef yang profesional! Kini anda boleh belajar memasak dari Master Chef Ahmad Sabri Hassan, salah seorang Master Chef yang sering menjadi juri pertandingan masakan mewakili negara Malaysia diperingkat antarabangsa. Beliau telah memenangi pelbagai pingat sepanjang kerjayanya dalam dunia masakan.
Beliau sememangnya amat pemurah dengan ilmu dan tips yang berguna. Kelas masakan ini adalah istimewa kerana peserta dapat belajar secara eksklusif disamping dapat menggali pelbagai ilmu dan rahsia untuk menjadi seorang Chef yang hebat dengan cara masakan yang lebih berkat untuk hidangan seisi keluarga.
Jom daftar kelas memasak bersama Maidah Cuisine yang beroperasi di Itqan Professional Training Centre, yang akan diadakan pada bulan November dan Disember 2013 ini. Kelas ini berkonsepkan “hands on class”. Semua peralatan disediakan untuk anda, bakal Chef baru! Jangan lepaskan peluang keemasan ini an jangan biarkan bakat masakan anda terpendam begitu sahaja. Jom gilap dan belajar dengan Master Chef!
Sila layari ruangan “Calendar” dan juga “Events” di ITQAN Professional Training Centre untuk 10 jadual sesi masakan yang diminati. Setiap sesi mempunyai set menu yang berbeza yang pastinya akan memenuhi citarasa anda!
Jom belajar memasak bersama Selebriti Master Chef Sabri Hassan! Whatapp atau SMS: BCC <NAMA> <TEL> <EMAIL> kepada 0192142422
Tempat adalah terhad!